suria

“Khloe bukan anak kami” - O.J Simpson nafi pernah ada hubungan Kris Jenner

O.J Simpson nafi pernah ada hubungan dengan Kris sehingga mempunyai anak iaitu Khloe Kardashian.

PELAKON O.J Simpson menafikan dia pernah mempunyai hubungan sulit dengan Kris Jenner ketika wanita itu masih menjadi isteri kepada rakan baiknya iaitu Bob Kardashian Sr.

Menerusi laporan Hollywoodlife.com, O.J Simpson juga menegaskan Khloe Kardashian bukan anak dia bersama Kris seperti yang didakwa.

"Bob Kardashian seperti seorang abang kepada saya. Dia seorang lelaki yang baik. Dia bertemu serta berkahwin dengan Kris dan mereka mempunyai masa terindah bersama.

"Malangnya hubungan itu berakhir. Tapi saya tidak pernah dan tidak akan menjalinkan hubungan dengan Kris dan saya pasti Kris juga tidak ada perasaan terhadap saya.

"Jadi, semua gosip itu tidak benar. Manakala Khloe, dia bukan anak saya," kata O.J Simpson menerusi laman Twitter.

Artikel Lain