PENYANYI Goo Hara akan mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang meninggalkan komen berniat jahat di laman sosialnya. Menurut laporan Soompi, Goo Hara mengakui bukan mudah untuk dia berlawan dengan masalah kemurungan yang dialaminya. "Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap komen-komen yang berniat jahat dan saya tidak akan rasa kasihan memberi hukuman kepada netizen yang memberi komen tersebut. "Demi kesihatan, saya harap anda boleh bercakap dengan kata-kata yang baik. Bukan mudah apabila berhadapan dengan masalah kemurungan. Goo Hara akui mengalami masalah kemurungan. "Anda mengatakan saya mengalami tekanan sebab terlalu selesa dengan kehidupan kini sedangkan saya melaluinya dengan bekerja keras selama ini," katanya. Sebelum ini, bekas anggota kumpulan Kara itu dikatakan mencuba untuk menamatkan nyawanya dengan mencederakan dirinya pada Mei lalu. Goo Hara telah membuat permohonan maaf dan mengakui dirinya dalam keadaan tertekan namun kini dia dalam proses pemulihan.