AHLI kumpulan SNSD iaitu Taeyeon memberitahu dia kini menderita kemurungan dan sedang berusaha melawan penyakit tersebut. Menurut laporan Koreaboo, Taeyeon mengakui mengambil ubat-ubatan daripada doktor dan meminta orang ramai tidak berfikiran negatif terhadap mereka yang sedang kemurungan. Dalam satu soalan yang diajukan peminat, Taeyeon ditanya adakah dia menghidapi bipolar iaitu gangguan mental yang menyebabkan tempoh kemurungan tidak menentu. "Saya mengalami kemurungan. Sekarang saya mengambil ubat dan berusaha keras untuk menjadi lebih baik. Sama ada gangguan bipolar atau kemurungan, janganlah melihat mereka secara negatif. Mereka semua sedang sakit," jawabnya. Menerusi soal jawab di laman Instagram, beberapa jawapan yang diberikan oleh Taeyeon menunjukkan dia seperti berada dalam keadaan tidak baik semasa menjawab soalan berkenaan. Sementara itu di laman Twitter pula, peminat menghantar ucapan sokongan dan berharap Taeyeon kuat melawan kemurungannya. SUMBER: Koreaboo