suria

Tiada bukti kukuh, siasatan terhadap B.I tidak dapat diteruskan

B.I terlibat dalam kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

BARU-baru ini dunia hiburan K-pop dikejutkan apabila berita bekas anggota kumpulan iKON iaitu B.I terlibat dalam kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Menerusi laporan Allkpop, polis bagaimanapun tidak dapat meneruskan siasatan terhadap B.I disebabkan tidak mempunyai bukti yang cukup.

"Buat masa kini, pihak polis hanya siasat kes berkaitan dengan Han Seo Hee, yang berbalas mesej dengan B.I di aplikasi AKakapoTalk berkenaan dengan dadah.

"Ia menjadikan B.I bukan sasaran utama dalam siasatan tersebut," kata Ketua Polis daerah Suwon, Lee Soo Kwon.

Sebelum ini, B.I dituduh terbabit dengan jenayah dadah selepas perbualannya bersama Han Seo Hee di aplikasi popular Korea, KakaoTalk tersebar di media sosial.

B.I, iKON

Artikel Lain