ANGGOTA kumpulan BTS iaitu V mendedahkan dia kini menderita masalah alergi, cholinergic urticaria atau gatal-gatal dan ruam kulit disebabkan peningkatan suhu badannya.
Menurut laporan Soompi, V memberitahu perkara tersebut selepas menerima pertanyaan daripada kelab peminat di laman sosial, Twitter.
"Saya ada masalah alergi, cholinergic urticaria. Kulit saya jadi gatal-gatal," tulisnya menerusi Twitter.
Pendedahan tersebut membuatkan peminat-peminat berasa bimbang dan berharap V cepat sembuh.