suria

“Baru bercerai sudah kembali bekerja” - Netizen kecam tindakan Song Hye Kyo

Netizen pertikaikan tindakan Song Hye Kyo terlalu awal bekerja selepas bercerai. Foto: Allkpop

PASANGAN pelakon Song Hye Kyo dan Song Joong Ki mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan perceraian pada Jun lalu kini kembali aktif dengan kerjaya masing-masing.

Selepas berdepan episod hitam itu, Song Hye Kyo membuat kemunculan sulung di sebuah acara kosmetik di China dan terbaharu menghadiri program barangan kemas di Monaco.

Sepanjang berada di majlis tersebut, Song Hye Kyo kelihatan ceria dan tenang menjawab pertanyaan media.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun berkahwin, Song Joong Ki fail perceraian terhadap Song Hye Kyo

Dia turut sempat beramah mesra dengan beberapa orang selebriti antarabangsa antaranya Natalie Portman.

Komen netizen yang kurang senang tindakan Song Hye Kyo kembali bekerja selepas bercerai.

Bagaimanapun, penampilannya di program itu menerima kritikan netizen berikutan dia terus aktif bekerja meskipun baru berdepan masalah rumah tangga.

Pada 26 Jun lalu, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bercerai setelah hampir dua tahun berkahwin.

SUMBER: AllKpop

Song Hye Kyo, Song Joong Ki

Artikel Lain