suria

Kylie Jenner habiskan RM5 juta untuk sambut hari jadi atas kapal Equanimity

Kylie menempah kapal layar mewah untuk sambutan hari jadinya bulan ini.

BINTANG sensasi Kylie Jenner dilaporkan telah menyewa sebuah kapal layar mewah Equanimity bagi sambutan hari jadinya yang ke-22 bulan ini.

Menurut laporan Tmz.com, kapal layar dianggarkan bernilai RM1 billion itu bakal menjadi lokasi mewah untuk sambutan ulang tahun buat Kardashian sekeluarga bersama 20 lagi tetamu jemputannya.

Kylie juga dikatakan telah membayar wang sebanyak RM5 juta semata-mata untuk menghabiskan masanya berparti dan berjemur selama seminggu di atas kapal layar sepanjang 300 kaki yang turut memuatkan 10 buah kabin, sauna, helipad, salon, jakuzi dan kolam renang.

Difahamkan, selebriti itu bakal belayar dan berlabuh selama beberapa hari di sekitar perairan timur tengah bagi meraikan hari jadinya itu.

Kylie Jenner, Equanimity

Artikel Lain