suria

Taylor Swift ajak peminat datang rumah dengar album baharu

Taylor Swift undang peminat setia ke rumahnya bagi mendengar lagu dalam album terbaharu. Foto: Reuters

PENYANYI Taylor Swift mengundang peminat bertuah dalam sesi pradengar album terbaharu, Lover di kediamannya, baru-baru ini.

Menerusi portal CNN, beberapa peminat yang dijemput telah berkongsi foto istimewa bersama cenderahati yang diberikan kepada mereka.

Salah seorang peminat memberitahu mereka dihidangkan makanan ringan untuk tetamu dan diminta supaya tidak membocorkan kandungan album kepada umum.

"Saya tak tahu nak cakap apa. Taylor meminta kami simpan rahsia sebelum sesi pradengar bermula," kata peminat yang menggunakan akaun Nadianiffi di Twitter.

Dia turut memberitahu album terbaharu Taylor itu luar biasa dan tidak sama seperti album sebelum ini.

Taylor Swift merupakan antara selebriti yang kerap membuat kejutan kepada peminat, malah dia gemar memberi pembayang atau petunjuk sebelum melancarkan album atau lagu baru.

SUMBER: CNN

Taylor Swift

Artikel Lain