suria

Baim Wong mahu isteri berkerusi roda tunai umrah, teruja bakal timang anak lelaki

Baim Wong berhasrat menunaikan umrah Oktober depan.

PELAKON dan pengacara terkenal Indonesia Baim Wong berhasrat untuk menunaikan ibadah umrah sebaik mengetahui jantina cahaya matanya.

Menurut laporan Cumiceleb.com, Baim dan isterinya, Paula Verhoeven bakal berangkat ke Makkah pada Oktober depan selepas mengetahui akan menimang anak lelaki tidak lama lagi.

"Kalau boleh kami berhasrat untuk menunaikan umrah awal Oktober tahun ini," ujar Baim.

Baim dan isteri dijangka berangkat ke Mekah awal Oktober ini.

Bimbang dengan kesihatan isterinya itu, aktor tersebut turut mencadangkan kepada isterinya agar menggunakan kerusi roda ketika di Makkah nanti.

"Kalau umrah nanti awak pakai kerusi roda atau bagaimana? kata Baim yang merancang untuk mencari hotel yang berdekatan dengan masjid.

Bagaimanapun, Baim dan isteri dikhabarkan akan ke hospital bagi mendapatkan nasihat doktor mengenai kandungannya itu sebelum berangkat ke sana.

Baim Wong, umrah

Artikel Lain