suria

“Terlalu over, macam kedai emas bergerak!” - Syahrini beri ucapan sempena Aidiladha, penampilan pula jadi perhatian

Gaya Syahrini ketika menyampaikan tazkirah dikecam netizen di Instagram.

PENYANYI Syahrini dikenali sebagai seorang selebriti yang memiliki gaya hidup mewah dan glamour di Indonesia.

Meskipun begitu, dia kerap kali berkongsi pandangan mengenai agama Islam di laman sosial miliknya.

Menurut laporan Wow Keren, bersempena Hari Raya Aidiladha, akaun Instagram Rumpi Manja Official ada memuat naik ucapan istimewa Syahrini untuk pengikutnya terutama yang sedang mengerjakan ibadah haji.

Namun yang menarik perhatian netizen ialah mengenai penampilan dan gayanya ketika menyampaikan ucapan tersebut.

Walaupun kelihatan manis bertudung, netizen masih lagi menilai gaya bicara dan penampilan Syahrini yang disifatkan keterlaluan.

Aksesori berlebihan yang dipakai oleh Syahrini dikecam netizen.

Ini kerana dia mengenakan tudung daripada sebuah jenama mewah antarabangsa dan memakai aksesori perhiasan mewah sehingga disindir seperti kedai emas bergerak.

"Boleh tak cakap tu biasa-biasa sahaja, tak perlu terlalu over. Tak perlu dibuat-buat... macam mak tiri dalam cerita sinetron.

"Luar biasa ibu hajah bling-bling mewah, menandakan kehidupan yang berlebih-lebihan, Ya Allah, banyak betul macam kedai emas berjalan.

"Kedai emas berjalan ke ni, semua emasnya dipakai," komen netizen.

Syahrini menerusi akaun Instagram peribadinya tidak memuat naik ucapan video tersebut, sebaliknya hanya berkongsi foto bersama keluarga.

SUMBER: Wow Keren

Syahrini

Artikel Lain