ANGGOTA kumpulan Blue iaitu Simon Webbe didakwa curang dengan isterinya iaitu Ayshen sebelum sambutan ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Dakwaan tersebut dilakukan oleh wanita bernama Amy Asher,32, yang berkata dia didekati penyanyi itu selepas membuat persembahan di sebuah kapal pesisir di sekitar Norwegian Fjords. Amy mendakwa bintang itu cuba menggodanya dan mengajak dia ke bilik. Seperti dipetik The Sun, Amy berkata, mereka bermesra di sebuah sudut kawasan merokok sambil minum beberapa gelas alkohol. "Ia dalam sekitar 2 pagi dan tiada sesiapa di sekelilingnya," ujarnya. Wanita itu mendakwa mereka habiskan masa di bilik dengan hanya bercium dan bertukar-tukar nombor telefon. Bagaimanapun, Amy berkata, dia cuba menghubungi Simon pada hari berikutnya untuk mendapatkan semula kad kunci yang tertinggal, namun tidak dibalas. Tambahnya, dia tidak tahu bahawa lelaki itu sudah berkahwin dan tidak mendekatinya jika mengetahui perkara itu.