suria

Dua bulan berehat, Song Hye Kyo kembali aktif di media sosial

Song Hye Kyo kembali aktif menggunakan media sosial. Foto: Allkpop

SETELAH hampir dua bulan bercerai dan mendiamkan diri daripada media sosial, pelakon Song Hye Kyo kini kembali aktif di Instagram.

Menurut laporan Allkpop, Song Hye Kyo meninggalkan komen di salah satu muat naik ahli kumpulan Fin.K.L iaitu Lee Jin.

Sebelum itu, Lee Jin berkongsi foto meluangkan masa bersama Lee Hyori di New Hyori di New York, Amerika Syarikat.

Peminat terkejut dan tidak menyangka Song Hye Kyo menulis komen di foto tersebut.

Sejak bercerai dengan Song Joong Ki pada Jun lalu, Song Hye Kyo memutuskan untuk berehat daripada menggunakan laman sosial.

Dia turut memadam kesemua foto bersama bekas suami termasuklah gambar ketika majlis perkahwinan mereka.

Bagaimanapun sehingga kini pelakon filem Full House ini masih belum memuat naik sebarang foto terbaharu di akaunnya itu.

SUMBER: Allkpop

Song Hye Kyo

Artikel Lain