suria

Peminat teruja khabar angin Blackpink, Ariana Grande bakal kolaborasi dalam lagu baharu

Peminat berharap khabar angin itu dapat direalisasikan. Foto: News Need News

KUMPULAN Kpop popular Blackpink dikhabarkan bakal bergandingan dengan penyanyi Ariana Grande dalam lagu baharu.

Menurut laporan BBC, perkara ini mula menjadi perbualan peminat apabila komposer Tommy Brown memuat naik foto dia bersama Blackpink.

Umum mengetahui Tommy merupakan komposer untuk lagu Thank U, Next dan 7 Rings yang dinyanyikan oleh Ariana.

Dalam muat naik tersebut Tommy tidak menyatakan secara terperinci mengenai projeknya bersama Blackpink.

Gara-gara foto itu peminat mula membuat spekulasi dan andaian bahawa dua penyanyi dari dua negara ini bakal berkolaborasi dalam lagu terbaharu.

Sebelum ini, Blackpink pernah menyatakan rasa kagum dan minat mereka terhadap Ariana.

Blackpink juga pernah menyanyikan lagu Ariana dalam salah satu acara muzik pada tahun 2017.

Malah, salah seorang anggota Blackpink iaitu Jennie pernah meluangkan masa menonton konsert Ariana di Seoul.

Pada bulan April lalu, Ariana pernah memuat naik fotonya bersama Blackpink di acara festival muzik Coachella yang berlangsung di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun sehingga kini kedua-dua pihak masih belum membuat sebarang pengesahan mengenai kerjasama ini.

Mungkin juga Tommy mempunyai projek lain bersama Blackpink yang tiada kaitan dengan Ariana Grande!

SUMBER: BBC

Blackpink, Ariana Grande

Artikel Lain