suria

Khabar angin berkahwin dengan penjenayah seksual, Nicki Minaj tukar nama di Twitter

Nicki Minaj menukar namanya di laman Twitter sekaligus memberi bayangan terhadap status perkahwinannya.

BINTANG rap popular Nicki Minaj dikhabarkan sudah berkahwin dengan teman lelakinya iaitu Kenneth Petty yang juga merupakan seorang penjenayah seksual.

Lebih menguatkan dakwaan itu apabila Nicki turut menukar nama di akaun Twitter miliknya daripada Ms. Minaj kepada Mrs. Petty.

Perubahan nama itu ternyata menimbulkan kekecewaan terhadap lebih 20 juta peminatnya yang tidak bersetuju dengan keputusan selebriti itu untuk mengahwini seseorang yang pernah berdepan hukuman penjara selama empat tahun atas tuduhan merogol.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Super Bass ini menerusi siaran radio Queen minggu lalu menjelaskan dia tidak merancang malah belum bersedia untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Nicki menjelaskan mahu fokus terhadap penghasilan albumnya terlebih dahulu.

Ia kerana jadual kerjanya yang sangat padat dan dia kini fokus dalam penghasilan album terbaharu.

"Banyak perkara yang perlu saya fikirkan. Saya perlu fokus untuk pembikinan album dahulu.

"Sekalipun ia berlaku, kami mungkin berkahwin sebelum album itu keluar tetapi majlis resepsi akan diadakan selepas pelancaran album berkenaan," ujarnya. - TheHollywoodGossip.com

Nicki Minaj, berkahwin

Artikel Lain