suria

Bella Hadid bergegas tinggalkan kelab malam selepas terserempak bekas teman lelaki

Bella bergegas meninggalkan kelab malam selepas menyedari kehadiran bekas teman lelakinya, The Weekend.

KURANG daripada dua minggu media tempatan melaporkan mengenai perpisahan Bella Hadid bersama teman lelakinya, The Weekend, pasangan itu dirakam berada di lokasi sama baru-baru ini.

Menurut laporan E!Online, seorang saksi melihat Bella bersama beberapa rakannya berada di sebuah kelab malam sebelum The Weekend muncul di lokasi sama.

Bagaimanapun, Bella dilihat bergegas meninggalkan lokasi tersebut sejurus menyedari kehadiran bekas teman lelakinya itu.

"The Weekend telah ke kelab malam Heartbreak untuk melihat Mark Ronson membuat persembahan pada malam Jumaat lalu.

"Ketika itu, Bella sudah berada di situ bersama beberapa rakannya yang lain.

Bella dan The Weekend menjelaskan hubungan jarak jauh menjadi punca utama perpisahan mereka.

"Bagaimanapun, selepas 10 minit The Weekend tiba, Bella dilihat tergesa-gesa keluar dari tempat itu bersama seorang rakan wanitanya," katanya.

Kehadiran The Weekend juga menyebabkan Bella tidak sempat menonton sehingga tamat persembahan pada malam itu selepas dia mengarahkan pemandu untuk menjemputnya pulang.

"Dia tak nampak gembira seperti sewaktu dia mula-mula sampai di kelab malam itu," ujarnya.

Pasangan itu sebelum ini menjelaskan hubungan jarak jauh menjadi antara punca perpisahan mereka.

Bella Hadid, The Weekend

Artikel Lain