PASANGAN selebriti Lee Pil Mo dan Seo Soo Yeon meluahkan rasa teruja menyambut kelahiran bayi lelaki sulung mereka pada 14 Ogos lalu. Menerusi laporan Soompi, agensi Lee Pil Mo berkongsi berita gembira itu dan memberitahu bayi serta isterinya kini dalam keadaan baik. "Isteri kepada Lee Pil Mo iaitu Seo Soo Yeon telah melahirkan bayi lelaki mereka pada 14 Ogos lalu. See Soo Yeon dan bayinya dalam keadaan baik sahaja," kata agensi. Isteri Lee Pil Mo dan bayi mereka dalam keadaan baik. Lee Pil Mo dan Seo Soo Yeon pertama kali bertemu ketika merakam program realiti Taste of Dating dan mereka mendirikan rumah tangga pada 9 Februari lalu selepas lima bulan bercinta. Selepas dua bulan berkahwin pada 5 April lalu, pasangan itu mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama. Sebelum ini, Lee Pil Mo pernah memberitahu kehidupan dia bakal berubah dengan kehadiran anaknya dan tidak sabar untuk membawa tanggungjawab sebagai seorang bapa. Menerusi Instagramnya, Lee Pil Mo meluahkan rasa gembira dengan kelahiran bayinya selepas isterinya bertarung nyawa selama 13 jam di dalam bilik bedah.