suria

Bosan dengan perkahwinan, Ahn Jae Hyun dan Goo Hye Sun bakal berpisah

SELEPAS berita perceraian pasangan selebriti Song Joong Ki dan Song Hye Kyo mengejutkan peminat, kini pasangan selebriti Ahn Jae Hyun dan Goo Hue Sun pula dikhabarkan bakal berpisah.

Menerusi Instagram aktres Boys Over Flower ini, suaminya merancang untuk berpisah tidak lama lagi.

“Suami yang sudah bosan dengan perkahwinan ini dan meminta cerai tapi saya mahu keluarga tetap bersama. Dia kata akan menghubungi media minggu hadapan tapi aku ingin semua orang tahu bahawa ia tidak akan terjadi.

“Aku mahu menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi,” ujarnya di Instagram.

Goo Hye Sun juga kemudian memuat naik paparan skrin perbualannya dengan Ahn Jae Hyun.

Kedua-duanya bertengkar bercakap tentang perceraian.

“Ibuku benar-benar terkejut dan keadaan kesihatannya merosot,” ujar kapsyen yang ditulis pelakon 34 tabun itu.

Pasangan ini bercinta selepas bersama-sama menjayakan drama Blood pada Tahu 2015. Kedua-dua mereka mengumumkan bercinta pada April 2016 dan berkahwin sebulan kemudian.

SUMBER: SOOMPI

Ahn Jae Hyun, Goo Hye Sun

Artikel Lain