PELAKON Nia Ramadhani masih meyalahkan suami iaitu Ardi Bakrie yang merakam aksinya yang tidak tahu mengupas buah salak sehingga tular di media sosial. Nia berkata, perkara itu bukan hal yang besar untuk dijadikan perhatian netizen. ARTIKEL BERKAITAN: “Pakai pisau atau gigit?” - Gelagat Nia Ramadhani tak tahu cara kupas buah salak jadi trending di Twitter "Ini sebetulnya bukan hal besar, Ardi la... entah kenapa rakam-rakam, jadi susahkan aku," ujarnya seperti dipetik Liputan6. Nia bersama suami dan anak-anaknya. Nia yang ditemui dalam sebuah wawancara sebuah televisyen swasta mengulas video tular bahawa dia tidak pandai mengupas buah salak. Perkara itu menjadi perbualan netizen yang menganggap ia sebagai sesuatu yang melucukan. Dalam pada itu, Nia berkata, dia seorang yang tidak gemar makan buah-buahan. Menerusi video yang tular itu, suaminya memberi Nia sebiji buah salak untuk dikupas. Namun bintang sinetron ini meminta bantuan orang lain untuk mengupasnya dan mengakui tidak pandai cara membuka buah tersebut.