suria

Suami tak benar Inul Daratista lakukan pembedahan plastik, kekal kecantikan asli

Inul nafi lakukan pembedahan plastik.

PENYANYI dangdut terkenal Indonesia Inul Daratista menafikan dakwaan melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. 

Memetik laporan Liputan 6, Inul menjelaskan teknik solekan yang betul boleh menjadikan wajah lebih cantik melakukan pembedahan. 

"Bukan menyanyi saja harus pakai teknik dan trick, make up pun macam tu, yang hodoh automatic boleh jadi cantik,.

"Wajah saya tak simetris, hidung tajam, kelopak mata tak sama, bibir kecil, pipi tembam, bulu mata tak ada sangat.  

Teknik solekan mampu menjadikan wajah lebih cantik tanpa lakukan pembedahan.

"Jadi, kalau power teknik mekap, tak payah buat pembedahan plastik pun tak apa," katanya. 

Menurut Inul, 40, dia tidak pernah terfikir untuk menjalani pembedahan plastik kerana suaminya tidak membenarkan untuk mengubah ciri-ciri fizikal asli. 

"Sampai sekarang, saya memang tak pernah langsung buat pembedahan plastik sebab suami saya tak izinkan.

"Lagipun, suami saya tak bagi saya ubah ciri-ciri fizikal asli saya," ujarnya. - Liputan 6

Artikel Lain