suria

“Ini semua hanya lakonan semata-mata!” - Lady Gaga nafi bercinta dengan Bradley Cooper

Gaga nafi bercinta dengan Bradley Cooper.

PENYANYI dan pelakon Hollywood Lady Gaga nafi menjalinkankan hubungan cinta dengan selebriti Bradley Copper selepas penularan sebuah video di laman sosial menyaksikan mereka sedang bermesra sambil menyanyikan lagu Shallow di pentas Oscars. 

Memetik laporan Mirror, Gaga menjelaskan kemesraan mereka hanya di atas pentas dengan tujuan supaya khalayak percaya yang mereka sedang hangat bercinta. 

"Saya dan Bradley adalah pelakon, jadi sudah tentu kami mahu khalayak ramai percaya yang kami sedang dilamun cinta. 

Sebagai pelakon, Gaga mahu dia dan Bradley kelihatan seperti pasangan kekasih.

"Ini semua hanya lakonan semata-mata. Lagipun, sebelum kami lakukan persembahan, kami dah rancang untuk kelihatan seperti bercinta. Malah, kami juga praktis beberapa hari supaya orang lain percaya yang kami pasangan bercinta," katanya. 

Sebelum ini, Gaga pernah dituduh menjadi punca perpisahan antara pelakon Bradley dengan tunangnya, Irina Shayk.  

Rata-rata netizen mengandaikan perpisahan tersebut disebabkan hubungan rapat Gaga dan Bradley semenjak mereka membintangi filem A Star Is Born. - Mirror

Lady Gaga, Bradley Cooper

Artikel Lain