PENAMPILAN Nia Ramadhani ketika hadir acara pembukaan butik baharu sebuah jenama mewah antarabangsa menarik perhatian peminat dan rakan artis antaranya Luna Maya, Bunga Citra Lestari (BCL) dan Ayu Dewi. Menurut laporan Tribunnews, Nia Ramadhani mengenakan kasut dengan warna berbeza pada kedua-dua belah kakinya. Lebih menarik perhatian apabila Luna Maya dan BCL menyapa dan menegur Nia mengenai penampilannya yang kelihatan unik itu. "Dia kalau beli kasut semua dua sebab banyak duit," kata BCL. "Orang kaya," usik Luna Maya. Pada majlis tersebut, Nia ditemani oleh kakak iparnya, Gita Janu dan pembantu peribadi, Theresa Wienathan. Isteri kepada Ardi Bakrie ini tampil menawan mengenakan dress berwarna hijau dan biru. SUMBER: Tribunnews