BINTANG rap terkenal, Nicki Minaj mencetuskan kekecohan dalam kalangan peminatnya apabila dia mengugut tidak ingin berhenti menggunakan media sosial Instagram miliknya. Menurut Nicki, dia akan bertindak demikian sekiranya Instagram tetap dengan keputusan untuk menutup ciri khas yang memaparkan jumlah likes yang diterima pada setiap gambar. "Saya tidak akan membuat sebarang posting di Instagram selepas ini kerana mereka akan buang jumlah likes. "Agak-agak ada aplikasi lain yang lebih menarik untuk saya guna? "Saya sedang memikirkan jika ia sesuai untuk saya kongsikan mengenai kehidupan terbaharu saya," tulisnya. Ciri terbaharu Instagram tidak lagi memaparkan jumlah Likes yang diterima pada sesebuah gambar. Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati penyanyi lagu Super Bass itu terhadap kanyataan Ketua Pegawai Eksekutif Instagram, Adam Mosseri sebelum ini yang mengumumkan untuk memperkenalkan ciri khas terkini media sosial itu. Ciri itu bagaimanapun dikatakan akan memberi kesan kepada jumlah tanda suka bagi setiap gambar di Instagram tidak lagi dipaparkan pada sesetengah akaun pengguna. Akibatnya, Instagram dikatakan akan mengalami perubahan dimana pengguna tidak boleh melihat jumlah likes yang diterima pada sesebuah foto melainkan pemilik gambar itu sendiri. Setakat ini Nicki memiliki lebih 107 juta pengikut di laman Instagram dan 20.6 juta pengikut di Twitter. - Mirror.uk