PENYANYI dan juri program The Voice, John Legend menerima pengiktirafan sebagai jejaka paling seksi 2019 oleh majalah People. Memetik laporan People, John, 40, berasa teruja namun bimbang dengan tanggapan netizen terhadap gelaran yang diterimanya itu. "Saya rasa excited, tapi takut sikit dalam masa yang sama sebab banyak tekanan. "Ye lah, semua orang mesti nak tengok yang saya ni seksi ke tak dan sesuai atau tidak memegang gelaran ini," katanya. Penyanyi lagu All of Me ini merupakan jejaka yang ke-34 menerima gelaran lelaki terseksi oleh majalah People. Dalam pada itu, John sentiasa ingat pesanan ibu bapanya supaya selalu berasa rendah diri dan berbuat kebaikan. John bahagia bersama anak dan isteri tercinta. "Ayah saya ajar jadi macam karakter dia. Macam role model. Dia tunjukkan contoh terbaik dengan mengajar untuk menjaga maruah diri. "Kadang-kadang ibu bapa saya selalu ingatkan, sebahagian kejayaan yang diperoleh tu datangnya dari rendah hati. Sebaik-baiknya layan orang sekeliling sebagaimana kita mahu dilayan," ujarnya. Sementara itu, John meluahkan rasa syukur apabila diberikan kemudahan dalam menguruskan keluarga dan kerjaya. "Saya rasa bangga mempunyai isteri dan dua anak di samping saya. Saya bangga juga dengan kerjaya saya. Saya suka tulis lagu dan perform atas pentas. "Saya gembira dengan semua yang saya ada dan saya buat orang-orang lain gembira. Saya rasa seperti diberikan kesenangan," katanya. - People