PELAKON popular Indonesia Raline Shah yang kini berada di Miami, Florida, Amerika Syarikat sempat mengunjungi pameran seni Miami's Art Basel. Menerusi satu posting di Instgram story, Raline tertarik dengan karya seni pisang 'The Comedian' yang dijual dengan harga mencecah RM500,000. ARTIKEL BERKAITAN: Artis persembahan selamba makan pisang lebih setengah juta di galeri Miami Karya itu menjadi tular dan menarik perhatian pencinta seni antarabangsa sehingga keluaran ketiga dijual dengan harga USD150,000 (RM624,000). "Kan... tak habis fikir #aerbaselmiami" tulisnya. Menerusi video yang dimuat naik itu juga kelihatan ramai pengunjung yang datang hanya untuk melihat dan mengambil gambar karya pisang berkenaan. "Pisang lagi hype" ujar Raline. Karya pisang The Comedian itu dihasilkan oleh pelukis Itali Maurizio Cattelan dengan mesej berkaitan sitkom televisyen Amerika Syarikat, Arrested Development di saluran Fox dari 2003 hingga 2006 sebelum disiarkan di Netflix pada 2013. SUMBER: DETIK.HOT