PENYANYI terkenal Hollywood, Katy Perry dipulau peminat BTS (ARMY) gara-gara gurauan 'keterlaluannya' terhadap kumpulan Korea itu. Insiden ini berlaku ketika penyanyi itu membuat kemunculan di konsert Jingle Ball 2019 yang berlangsung di The Forum, Inglewood, California pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Peminat buat Jimin (BTS) mudah emosi, menangis Menurut Koreaboo, Katy kemudiannya naik ke pentas sebaik sahaja kumpulan kumpulan Korea BTS selesai membuat persembahan dengan harapan dia turut disambut oleh para ARMY. Namun malangnya, kemunculan penyanyi Roar di pentas pada malam itu disambut 'dingin' oleh peminat kumpulan Korea tersebut. Tambahnya lagi, ketika kejadian penyanyi berusia 35 tahun ini sempat bergurau bersama penonton yang hadir hingga menyebabkan para ARMY tersinggung. "Mesti majoriti antara kamu gembira kerana sanggup membazirkan masa tidur demi menonton BTS," kata Katy. Gara-gara gurauan 'keterlaluannya', persembahan Katy Perry menjadi hambar. Difahamkan, sejurus sahaja Katy melontarkan kata-kata sinis itu peminat BTS kemudiannya mengambil tindakan dengan meninggalkan konsert tersebut. Selain itu, ada di antara mereka memutuskan untuk tetap berada di situ namun hanya mendiamkan diri serta tidak memberi sorakkan semasa penyanyi itu membuat persembahan. Di samping itu, mereka turun mematikan lightstick yang dibawa bagi tujuan memberi sokongan dan sorakan kepada penyanyi kesayangan mereka. Malah gurauan yang dilontarkan oleh penyanyi berkenaan bagaimanapun menerima kecaman daripada para penonton yang hadir. Jelas peminat kumpulan BTS itu, mereka sedikit kesal akan tindakan penyanyi itu kerana telah mengguris hati para ARMY yang datang dari pelbagai lapisan usia serta latar belakang berbeza. Konsert Jingle Ball merupakan sebuah acara muzik yang diadakan pada setiap tahun menjelang hari Natal dan sambutan tahun baharu. Selain itu, barisan artis terkenal yang membuat persembahan di konsert itu seperti Sam Smith dan Camila Cabello. SUMBER- KapanLagi.com