PELAKON Park Seo Joon kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menggodam saluran YouTube miliknya Record PARK's. Susulan itu, agensi pengurusanya, Awesome ENT mengeluarkan kenyataan bahawa saluran YouTube milik pelakon itu digodam oleh individu tidak bertanggungjawab selain memadam kandungan yang terdapat di dalam saluran itu. ARTIKEL BERKAITAN: Comel! Kanak-kanak 6 tahun tulis surat khas untuk Kang Daniel supaya cepat sembuh "Halo, ini adalah Awesome ENT. Pada 9 Disember 2019 (Isnin), akaun YouTube milik selebriti bawah naungan kami, Park Seo Joon telah digodam menyebabkan video dipadam serta menyekat akses kepada pentadbir. "Berikutan penemuan ini, kami melaporkan isu ini ke YouTube dan meminta tindakan segera untuk mengatasi kerosakan yang disebabkan oleh penggodaman ini. "Disamping itu, kami secara rasminya meminta pihak polis iaitu bahagian Unit Siasatan Jenayah Siber, untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini," tegasnya. Kenyataan yang dikeluarkan oleh agensinya Awesome ENT pada Selasa menerusi laman sosial Instagram. Jelas agensi ini lagi, saluran YouTube Rekod PARK's akan dibekukan buat sementara waktu sehingga kesemua kandungan yang dihapuskan itu berjaya dipulihkan. "Maka dukacitanya, kami memaklumkan bahawa saluran YouTube 'Rekod PARK's' akan ditutup buat sementara waktu sehingga kami mendapat kembali kesemua kandungan yang telah dihapuskan. "Kami juga ingin meminta maaf kepada semua pengikut serta pelanggan saluran YouTube, Park Seo Joon dan kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan pemulihan saluran ini sepenuhnya," katanya. Dalam pada itu, Park Seo Joon turut memuat naik satu posting di laman sosial miliknya meluahkan rasa kecewa berhubung insiden itu. "Hati saya sakit kerana ia seperti semua kenangan kita dihapuskan. Saya amat berharap agar ia tidak akan ada kesalahan sekunder," luah Park Seo Joon. SUMBER- allkpop