suria

Selepas 17 tahun hidap kanser otak, Marie Fredriksson menghembus nafas terakhir pada usia 61 tahun

Marie Fredriksson meninggal dunia pada usia 61 tahun.

PENYANYI kumpulan Roxette, Marie Fredriksson meninggal dunia pada Isnin selepas 17 tahun berjuang melawan kanser otak.

Marie yang menganggotai Roxette bersama rakannya, Per Gessie, menghembuskan nafas terakhir pada usia 61 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi burung gergasi Big Bird dan Oscar, Caroll Spinney meninggal dunia kerana gangguan saraf

Penyanyi lagu 'It Must Have Been Love' itu dikatakan menghidap penyakit itu sejak tahun 2002.

Marie Fredriksson menganggotai 'Roxette' bersama Per Gessie.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Roxette, Dimberg Jernberg Management kemudian mengeluarkan satu kenyataan mengatakan, 'Marie telah meninggalkan kita dalam warisan muzik yang sangat hebat.

"Dia memiliki suara yang luar biasa, lantang dan sensitif. Selain itu, persembahannya yang memukau semestinya diingati oleh kita. Malah kita semua bernasib baik kerana sempat menyaksikan persembahan mereka," katanya.

Sementara itu, rakan kumpulannya, Per Gessie turut meluahkan rasa dengan memuat naik satu posting laman sosial Twitter miliknya.

Posting yang dimuat naik oleh Per Gessie pada Isnin di Twitter.

"Masa berlalu dengan pantas. Tidak lama dahulu kami menghabiskan hari dan malam di kediaman kecil saya dengan berkongsi impian yang mustahil. Lihatlah impian yang kami berjaya kecapi bersama!

"Saya sangat berbesar hati kerana berpeluang menemui bakat dan kemuliaan hati seperti kamu. Semua kasih sayang saya untuk kamu dan keluarga kamu. Semua ini tidak akan sama lagi selepas ini," kata Gessie.

Mendiang meninggalkan suami, Mikael Bolyos yang merupakan seorang penyanyi dan penulis lirik sekitar tahun 1994.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu, Inez Josefin Bolyos, 26 dan Oscar Mikael Bolyos berusia 23 tahun.

Marie Fredriksson

Artikel Lain