suria

Artis kontroversi Indonesia Vanessa Angel dilaporkan berkahwin tanpa pengetahuan bapa

Vanessa masih belum membuat sebarang penjelasan berkaitan berita perkahwinannya.

ARTIS Indonesia Vanessa Angel dilaporkan sudah berkahwin secara senyap-senyap dengan seorang ahli perniagaan pada Ahad lalu.

Vanessa yang pernah terkait dengan kontroversi pelacuran dalam talian ini mendapat perhatian apabila memuat naik beberapa foto cincin, mas kahwin dan hantaran yang memberi gambaran dia sudah bernikah.

ARTIKEL BERKAITAN: Status artis Indonesia selepas dibebaskan, lima bulan dipenjara akibat pelacuran 'online'

Bagaimanapun, Vanessa belum memberi sebarang kenyataan berkaitan hal tersebut.

Dalam pada itu, bapa kepada wanita itu Doddy Sudrajat memberitahu Liputan 6 bahawa dia tidak mengetahui tentang berita pernikahan anaknya.

"Saya juga baru dengar dari media, saya tidak tahu" ujarnya.

Manakala, ibunya berharap jika perkara itu bukan rekaan atau hanya untuk kandungan Instagram semata-mata.

Namun, kedua-dua orang tuanya mendoakan kebahagian Vanessa jika perkara tersebut benar.

Pada 27 Jun lalu, sebuah mahkamah di Surabaya menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap aktres tersebut selepas didapati bersalah terbabit dalam pelacuran.

Bagaimanapun, menurut agensi berita Antara, Vanessa, 27, dibebaskan pada 30 Jun kerana hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 31 Januari lalu.

Vanessa ditangkap polis bersama seorang bapa ayam ketika menunggu pelanggan di sebuah hotel di sini pada 5 Januari lalu.

Aktres itu bersama seorang lagi tertuduh dilaporkan terbabit aktiviti pelacuran dalam talian dengan bayaran hingga mencecah Rp80 juta (RM24,000).

SUMBER: LIPUTAN 6

Vanessa Angel

Artikel Lain