suria

Sunmi sedih dituduh buat pembedahan besarkan payudara sehingga trending di laman sosial

Sunmi menafikan dakwaan melakukan pembedahan plastik.

PENYANYI terkenal Korea Selatan, Sunmi tampil menafikan khabar angin yang mendakwa bahawa dia melakukan pembedahan plastik.

Sunmi kemudian meluahkan kesedihan dengan dakwaan itu menerusi posting Instagram miliknya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jeo So Min Lari, Menangis Diminta Buat Pembedahan Plastik


Posting yang dimuat naik oleh Sunmi.

Penyanyi berusia 27 tahun ini turut berkongsi tangkap layar (screenshot) memaparkan 'pembedahan payudara Sunmi' menjadi trending hingga menduduki senarai paling atas menerusi laman sosial Naver.

"Saya tidak membuat pembedahan pada payudara. Saya hanya mengalami penambahan berat badan, Duhh!" katanya dengan menafikan dakwaan tersebut.

Dakwaan tersebut menjadi trending di laman sosial 'Naver'. 

Sunmi sebelum ini memberitahu bahawa dia mengalami penambahan berat badan sebanyak 8 kilogram selepas mengubah cara diet dan bersenam.- Soompi

Sunmi

Artikel Lain