IBU kepada pelakon Leonardo DiCaprio iaitu Irmelin Indenbirken dikhabarkan sudah tidak sabar untuk menantikan hari perkahwinan anaknya itu. Menurut laporan Pink Villa, sumber memaklumkan Irmelin menyukai teman wanita DiCaprio iaitu Camila Morrone dan berharap hubungan mereka berakhir dengan perkahwinan. "Irmelin menyayangi Camila dan melihatnya sebagai wanita yang paling layak menjadi calon menantu sejak hari pertama berkenalan. "Irmelin bimbang jika DiCaprio memilih untuk terus hidup bujang dan sikap tidak serius anaknya itu hanya akan membuatkan Camila menjauhkan diri. "Ketika ditanya mengenai hubungan mereka, DiCaprio mengatakan mereka baik-baik sahaja," kata sumber. Pada 4 Ogos lalu, mereka bertiga dilihat menghabiskan waktu bersama di sebuah resort mewah yang terletak di Danai Como, Itali. Pasangan ini dikhabarkan mula bercinta pada Disember 2017 dan menjadi perbualan netizen apabila DiCaprio memilih teman wanita yang lebih muda iaitu berusia 22 tahun.