PENYANYI Cardi B menerusi laman sosial Twitter meluahkan hasratnya untuk menceburi bidang politik. Kata penyanyi rap ini, dia berminat untuk menyertai bidang politik berikutan sering tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negaranya Amerika Syarikat. "Saya rasa saya ingin menjadi ahli politik. "Saya sangat menyukai kerajaan akan tetapi saya tidak bersetuju dengan kerajaan," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Timbunan wang tunai RM2 juta dalam peti ais, kejutan Cardi B sempena hari jadi suami Cardi B, 28, juga memberitahu dia gemar menonton dokumentari berkaitan peperangan. Tweet yang dimuat naik Cardi B. Dia juga bimbang dengan semangat patriotik pada diri rakyat Amerika Syarikat yang dilihat semakin pudar. "Tidak kira berapa banyak senjata yang diperlukan oleh negara tersebut, kita memerlukan orang! "Bagaimana kamu mencuba untuk menentang sesebuah negara atau mungkin memulakan perang ketika negara ini kurang patriotisme. "Saya jarang jumpa rakyat yang menyatakan mereka sangat sayang terhadap Amerika. Mengikut kepada laporan Daily Mail, selepas dari tweet yang dikeluarkan oleh penyanyi tersebut, peminat membalas kenyataan penyanyi rap itu dengan tanda pagar #CardiBForPresident. Pada 3 Januari lalu, Cardi B berkata dia memohon kewarganegaraan Nigeria kerana berasa kurang senang dengan konflik dunia antara Amerika dan Iran.