HUBUNGAN cinta pasangan selebriti terkenal iaitu Vanessa Hudgens dan Austin Butler dilaporkan sudah berakhir selepas hampir 9 tahun bersama. Menurut laporan Hollywoodlife, sumber memberitahu hanya rakan-rakan terdekat sahaja yang mengetahui perpisahan mereka. "Vanessa dan Austin mengambil keputusan untuk berpisah dan Vanessa sendiri yang memberitahu perkara itu kepada rakan terdekatnya," kata sumber. Hubungan cinta Vanessa dan Austin berakhir selepas sembilan tahun bercinta. Sebelum ini, hubungan mereka mula menjadi tanda tanya apabila Vanessa berkongsi foto dia bercuti di Switzerland tanpa ditemani Austin. Vanessa dan Austin mula menjalinkan hubungan cinta sejak September 2011. Dalam pada itu, peminat mula meminta pelakon Zac Efron memujuk semula bekas kekasihnya, Vanessa untuk kembali bercinta. Zac Efron dan Vanessa pernah bercinta pada 2005 ketika membintangi filem High School Musical namun hubungan itu berakhir pada 2010.