APA sahaja yang dilakukan pelakon Nia Ramadhani pasti akan menjadi perhatian netizen di laman sosial. Terbaharu, menerusi laporan Liputan6, Nia mengaku pertama kali menaiki komuter (KRL) membuatkan dia tidak berasa selesa dan kepanasan. "Kamu semua tidak berasa panas? Kalau mereka yang mengadu, tidak ada masalah. Tapi kalau saya yang cakap, kenapa mesti jadi masalah (viral)," katanya. Nia dan Jessica naik komuter untuk mempromosikan filem terbaharu mereka. Nia menaiki kenderaan awam itu bersama pelakon Jessica Iskandar untuk mempromosikan filem Akhir Kisah Cinta Si Doel baru-baru ini. Biarpun hanya mempromosikan filem di lokasi tersebut, Nia dan Jesscica tetap tampil cantik dan bergaya.