PENYANYI Adele kini mempunyai hidup dan penampilan baharu. Bintang pop itu dipercayai mengubah gaya hidupnya demi anaknya Angelo. Menurut People, hal itu dipercayai kerana Adele terlibat dalam persekolahan Angelo dan mencintai dunianya sebagai seorang ibu. "Adele sangat aktif terlibat dalam persekolahan anaknya. "Dia mencintai dunia keibuannya. Dia mengubah seluruh mindset untuk menjalankan gaya hidup sihat dan tidak pernah lagi menoleh ke belakang," jelas seorang sumber yang dekat dengan penyanyi itu. Adele yang dipercayai bercerai dengan bekas suaminya, Simon Konecki, pada September lalu menyatakan mahu fokus membesarkan anaknya. "Dia adalah seorang artis dan juga seorang ibu. Dia perlu memastikan bahawa dia boleh mengendalikannya kedua-duanya secara sempurna," tambahnya. Adele berasa apa yang dia lakukan bukan semata-mata untuk menurunkan berat badan, namun hal itu membuatnya berasa lebih kuat. "Dia berasa sehat dari segi fizikal dan mental. "Ianya bukan mengenai penurunan berat badan. Dia berasa lebih kuat, mempunyai lebih tenaga dan sangat gembira," katanya. Selain daripada itu, dia fokus mengenai pemakanan yang lebih sihat dan komited terhadap rejimen kecergasannya, penyanyi itu juga sedang menyiapkan untuk mengeluarkan lagu baharu.