suria

“Di hadapan orang kak Unge masih mampu ketawa tapi dalam hatinya tiada siapa tahu” - Al-Ghazali sifatkan BCL wanita kuat

Al-Ghazali terkejut apabila mengetahui Ashraf sudah meninggal dunia.

PEMERGIAN pelakon Ashraf Sinclair pada Selasa lalu turut memberi kesan kepada anak Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali.

Menurut laporan Liputan6, Al-Ghazali terkejut apabila mendapat perkhabaran sedih itu memandangkan dia kerap meluangkan masa bersama Ashraf dan isteri, Bunga Citra Lestari (BCL).

Biarpun masih bersedih dengan kematian suami, Al-Ghazali memberitahu dia melihat BCL kuat menempuh dugaan tersebut dan masih mampu tersenyum.

"Saya bangun tidur pagi itu terus dapat berita mengenai Ashraf dan terkejut sebab saya selalu keluar bersama kak BCL dan abang Ashraf.

BCL masih mampu tersenyum walapun bersedih dengan kematian suaminya.

"Jadi, saya sudah menganggap mereka sahabat rapat. Berita ini sangat mengejutkan. Saya melihat kak Unge (BCL) masih kuat walaupun dalam hatinya tiada siapa tahu.

"Cuma, kalau di hadapan orang dia masih mampu ketawa dan tersenyum. Abang Ashraf seorang yang sangat baik dan setia," katanya.

Dunia hiburan dikejutkan dengan berita Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung di Jakarta pada Selasa lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang juga penyanyi Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair. 

Artikel Lain