suria

Chen (EXO) mohon maaf lukakan hati peminat kerana umum kahwin

Chen minta maaf kerana lukakan hati peminat. Foto: Soompi

AHLI kumpulan EXO iaitu Chen memohon maaf kepada peminatnya berhubung pengumuman perkahwinan dan kehamilan tunangnya pada Januari lalu.

Menurut laporan Soompi, Chen menulis surat permohonan maaf itu kerana enggan peminat terus kecewa dengan berita perkahwinannya itu.

"Saya menulis surat tersebut kerana fikir peminat EXO-L harus tahu secara terus dari saya tapi cara penyampaian kurang baik membuatkan anda kecewa dan terluka. Ia membuatkan saya turut berada sakit.

"Saya bersyukur atas rasa cinta yang anda semua berikan, saya sedar tanpa sokongan anda siapalah saya.

"Saya sekali lagi meminta maaf kerana lambat memberitahu peminat, saya berjanji akan tetap menunjukkan kerja keras saya selepas ini. Terima kasih," katanya.

Pada 14 Januari lalu, Chen atau nama sebenar Kim Jong-dae mengumumkan dia bakal berkahwin dengan kekasihnya tidak lama lagi.

Chen mendedahkan mengenai perkara itu menerusi sekeping surat yang ditulis.

Enggan membiarkan ia terus menjadi spekulasi peminat, agensi pengurusan SM Entertainment segera mengeluarkan kenyataan dan memberitahu majlis itu akan diadakan secara tertutup.

Chen EXO

Artikel Lain