SEORANG pengendali laman sosial ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie menerima kecaman ramai di laman sosial selepas terlanggar salah seorang ahli kumpulan itu iaitu Lisa. Kejadian yang terakam menerusi sebuah video itu juga memperlihatkan individu itu tidak membuat memohon maaf. Rata-rata peminat Lisa yang berang di laman sosial Twitter menyifatkan individu terbabit sebagai biadab. Lisa dilanggar semasa sedang mengangkat bagasi di lapangan terbang. Lisa dilanggar semasa sedang mengangkat bagasi di lapangan terbang. "Dia langsung tidak meminta maaf selepas langgar Lisa? Sangat kurang ajar! "Kami faham dia sedang sibuk mengambil gambar Jennie, namun adakah terlalu sukar untuk meminta maaf selepas terlanggar Lisa dengan begitu kuat? "Fansite siapakah ini? Kenapa dia terlalu biadab?," tulis peminat Lisa di Twitter. Perkara terbabit mula mendapat perhatian apabila video yang di muat naik seorang pengguna Twitter menjadi tular dan mendapat lebih 700 ribu kali tontonan. Kejadian dipercayai berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan, sebaik sahaja kumpulan yang terkenal dengan lagu Kill This Love itu tiba daripada konsert jelajah mereka di Jepun pada Sabtu. Bagaimanapun individu itu akhirnya tampil menerusi laman Twitter mengakui kesilapan dan meminta maaf secara terbuka. Dia Bagaimanapun masih mangsa amarah peminat Lisa dan dilarang mendekati kumpulan Blackpink selepas ini. sumber: allkpop