suria

Enam bulan sebelum pemergian Ashraf Sinclair, Noah lukis gambar bapa dengan sayap

BCL dan Noah melalui hari mendatang tanpa Ashraf Sinclair.

PEMERGIAN mengejut pelakon Ashraf Sinclair masih dirasai peminat dan rata-ratanya hanya dapat melepaskan kerinduan itu menerusi laman Instagram.

Justeru itu, salah satu foto yang dimuat naik Ashraf menarik perhatian pengikut apabila ia dikatakan tepat dengan firasat anaknya, Noah Sinclair.

Foto yang dimuat naik pada Ogos tahun lalu itu merupakan hasil lukisan Noah yang membayangkan bapanya itu terbang tinggi bersama sepasang sayap.

ARTIKEL BERKAITAN: “Beruntung pergi dalam tidur, kami masih tak percaya!” - Rakan artis, peminat banjiri Instagram Ashraf Sinclair

"Hadiah Noah untuk saya sempena hari bapa...," tulis Ashraf di kapsyen.

Foto itu memperlihatkan Ashraf memiliki sepasang sayap dan terbang tinggi menuju kebahagian.

Lukisan daripada Noah ini buatkan netizen berasa sebak.

Gara-gara foto lukisan itu, netizen mula mengaitkan kononnya Noah mempunyai firasat yang tepat enam bulan sebelum Ashraf meninggal dunia.

"Sangat mengejutkan apabila Noah letak sayap di badan ayah, anak yang sangat bijak menjadi kebanggaan ibu bapa.

"Sedihnya melihat gambar ini... kerana sekarang memang benar ayahmu sudah pergi ke tempat yang tinggi.

"Semoga diberikan kekuatan buat Bunga Citra Lestari dan Noah.

Pada Selasa lalu, Ashraf, 41, menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia kira-kira pukul 4 pagi kerana serangan jantung.

Berita sedih itu disahkan sendiri oleh ibu allahyarham, Khadijah Abdul Rahman menerusi mesej di aplikasi WhatsApp kepada mStar.

Ashraf meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Noah Sinclair, Ashraf Sinclair

Artikel Lain