suria

Kes hina kemaluan isteri... kakak ipar dedah emosi Fairuz A. Rafiq masih belum stabil!

Kakak ipar memaklumkan keadaan mental dan emosi Fairuz semakin baik. Foto: liputan6

PELAKON Fairuz A. Rafiq pernah berdepan tekanan dan menangis sepanjang hari kerana penghinaan yang dilakukan bekas suami Galih Ginanjar.

Perkara itu diceritakan oleh kakak iparnya, Elma Theana yang turut memaklumkan keadaan mental dan emosi Fairuz kini semakin beransur pulih.

"Alhamdulillah dia semakin pulih walaupun ada nampak sedikit stres, tapi tak macam awal-awal dulu. Kalau awal dulu dia perlukan lebih banyak waktu untuk tenangkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes hina kemaluan isteri... Galih Ginanjar alami gatal-gatal dalam penjara, perlu bedak dan tukar pakaian dalam

"Kebiasaannya kalau hujung minggu kita ada kelas pengajian, cuma semasa dalam tekanan dulu, dia tak datang. Sekarang sudah biasa, dia dah boleh move on," katanya.

Sebelum ini, Fairuz pernah jatuh pengsan semasa perbicaraan kes tersebut di mahkamah. Ini kerana dia tidak mampu menahan emosi ketika hakim mengajukan beberapa soalan.

Bekas suami, Galih Ginanjar.

Sementara itu Elma berkata dia dan keluarga akan menenangkan Fairuz selepas sesi perbicaraan bagi mengurangkan tekanan yang dialami oleh wanita tersebut.

"Kami ada group di telefon supaya dapat memberikan sokongan agar dia lebih kuat dan sabar.

"Sebenarnya, sebelum ini dia okay sahaja tapi apabila hari perbicaraan dia jadi emosi kembali, semoga isu ini cepat-cepat selesai," ujarnya.

Dalam pada itu, Elma berkata keluarganya turut merancang membawa Fairuz bercuti di Pulau Dewata, Indonesia.

Bagaimanapun, perancangan itu terpaksa ditunda kerana penularan wabak koronavirus.

SUMBER:  Liputan6

Galih Ginanjar, Fairuz A. Rafiq

Artikel Lain