PELAKON sensasi, Barbie Kumalasari berkata dia berasa seperti tidak dihargai oleh suami, Galih Ginanjar. Kenyataan Barbie itu menguatkan lagi spekulasi orang ramai berhubung isu keretakkan rumah tangga pasangan selebriti ini. Menerusi rakaman program Hot Issue baru-baru ini, Barbie mengakui dia ada bercerita dengan adik iparnya berkait permasalahan rumah tangga mereka. Barbie berkata dia sudah penat dengan suaminya itu. "Kalau (bercerita masalah) ke mamanya belum, baru adiknya sebulan lalu. "Saya beritahu... aduh saya penat sama Galih!," katanya. Selain itu, Barbie Kumalasari turut memberitahu dirinya seperti tidak dihargai oleh suami. Ia bertambah parah apabila Galih kini ditahan di penjara berikutan kes penghinaan yang dilakukan terhadap bekas isteri, Fairuz A. Rafiq. "Maksudnya banyak hal yang seperti saya rasa kurang dihargai," katanya. SUMBER: Tribunnews