suria

Dolly Parton luah hasrat jadi muka depan majalah 'Playboy' sempena hari jadi ke-75 tahun

Dolly Parton mahu jadi cover majalah Playboy sempena hari jadinya ke-75 tahun. Foto: Hollywoodlife.

PENYANYI muzik Country, Dolly Parton menyatakan hasratnya untuk menghiasi majalah Playboy pada hari jadinya yang ke-75 tahun.

Dipetik hollywoodlife, Parton, 74, pernah muncul di muka hadapan majalah Playboy pada Oktober 1978.

"Lihat, saya pernah beraksi untuk majalah Playboy beberapa tahun lalu.

"Saya fikir ia akan menjadi sesuatu yang luar biasa jika saya berada di muka surat hadapan apabila saya berumur 75 tahun," katanya.

Dalam temuduga nya bersama 60 Minutes Australia, dia memberitahu bahawa dia mungkin saja akan menggunakan pakaian yang sama seperti yang pernah dipakai sebelum ini.

Parton akan menggayakan pakaian arnab di muka surat hadapan majalah Playboy edisi Oktober 1978.

"Mungkin saya akan memakainya. Bahagian dada saya masih sama.

"Saya masih melihat cara yang sama. Mungkin hanya solek tebal dan rambut yang lebih besar," katanya.

Dolly Parton, Playboy

Artikel Lain