suria

Terlalu minat drama Korea, Rossa cuba nasib terbitkan drama mini siri

Rossa terbit drama pula.

SELEPAS lebih 10 tahun bergelar penyanyi, Datuk Rossa kini mencuba nasib menceburkan diri ke bidang penerbitan.

Seperti dipetik liputan6, dia menjadi penerbit eksekutif untuk mini siri yang bertajuk Masih (Cinta) Terbaik

Minat Rossa dalam menghasilkan mini siri bermula dengan cintanya terhadap drama Korea.

"Kerana suka drama Korea. Jadi saya mahu buat cerita sendiri dan pelakon yang seperti ini dan itu. Susah, gementar kerana ini baru pertama kali jadi saya perlu banyak belajar," katanya.

Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 42, memberitahu bahawa dia bekerjasama dengan MAV Production Asia untuk membuat mini series itu.

Rossa terlibat dalam penggambaran mini series Masih (Cinta) Terbaik.

"Jadi kerjasama mesti ada kerana mereka sudah profesional. Saya belajar banyak juga, ternyata ada casting seperti apa yang harus disesuaikan dengan watak, beberapa kali saya meminta skrip dan dialog untuk dibetulkan," katanya lagi.

Dalam projek ini juga, Rossa turut melancarkan single baharu yang bertajuk Masih.

"Lagu 'Masih' ada di episode kedua. InsyaAllah tanggal 11 Mac. Lagu ini diciptakan oleh Yovie Widianto dan Nino, dan sudah boleh didengari di pelbagai platform. Saya mohon doa daripada kawan-kawan semua," ujarnya.

Mini siri Masih (Cinta) Terbaik ini menceritakan kisah Adrian dan Tiara yang meraikan ulang tahun pertama hubungan mereka. Apabila cinta diantara kedua-duanya semakin besar, mereka terpaksa dipisahkan dengan jarak.

Rossa

Artikel Lain