suria

Ditinggalkan ketika umur 9 tahun, ibu tiba-tiba muncul tuntut harta Goo Hara di mahkamah

Goo Hara meninggal dunia November lalu.

IBU kepada mendiang Goo Hara memfailkan tuntutan di mahkamah terhadap harta peninggalan penyanyi itu.

Perkara itu berlaku selepas tuntutan terhadap separuh harta mendiang ditentang oleh ayah dan abangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis temui memo tulisan tangan Goo Hara di lokasi kematian

Undang-undang Korea menetapkan bahawa harta Goo boleh dibahagikan kepada keluarga iaitu ibu dan bapanya, suami isteri, anak-anak atau adik beradik jika bintang itu tidak meninggalkan wasiat.

Bagaimanapun, wakil bapa Goo Hara seperti dipetik Allkpop berkata, bekas isterinya meninggalkan anak-anak ketika mereka muda.

"Apa haknya untuk harta Hara?" kata wakil.

Goo dan adik beradiknya dilaporkan telah ditinggalkan di bawah jagaan nenek mereka semasa masih kecil.

Manakala, ayah mereka bekerja di luar daerah untuk mendapatkan wang untuk keluarga.

Abangnya memberitahu portal berkenaan bahawa Goo mengalami trauma sepanjang hayat selepas ditinggalkan ibu mereka.

"Dia berusia sembilan tahun ketika ibu meninggalkan kami," ujarnya.

Tambahnya, wanita itu datang majlis pengebumian Goo Hara dan menganggu majlis berjalan.

Dia juga mencari cara untuk mendapatkan bahagian harta peninggalan wanita itu.

Goo Hara dikenali memiliki pelbagai hartanah.

Bekas anggota kumpulan Kara itu ditemui mati di kediamannya di Seoul pada 24 November tahun lalu.

Goo Hara

Artikel Lain