suria

Siti Badriah dan suami dikecam gara-gara buka tudung dan bertatu - “Saya terfikir buat laporan polis!”

Siti Badriah minta suami bersabar dengan kecaman yang ditinggalkan netizen di laman sosial.

BARU sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah, penyanyi Siti Badriah sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen kerana isu hijab.

Ini kerana semasa berada di Makkah, penyanyi lagu Lagi Syantik ini dilihat mengenakan hijab, namun setibanya di Indonesia dia kembali membuka tudung.

Bukan sahaja Siti Badriah yang dikecam, malah suaminya, Krisjiana mengakui turut dikritik hebat oleh netizen kerana memiliki tatu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dosa isteri, saya yang tanggung” - Suami Siti Badriah tegur netizen jangan sibuk cara isterinya pakai tudung

"Pelik dengan netizen ni bukan cuma isteri saya, ada juga yang berlebihan komen, macam mana ya Islam tapi pakai tatu, pasti mengajar isteri tak betul gara-gara suami bertatu, macam itulah," katanya.

Sementara itu, Krisjiana berkata dia merancang untuk membuat laporan polis berhubung kecaman yang diterima di laman sosial itu.

Gambar Siti Badriah ketika mengerjakan umrah jadi perbalahan netizen.

Bagaimanapun, isterinya meminta dia bersabar dan tidak melayan komen negatif tersebut.

"Rasa nak (laporan polis) tapi isteri kata tak usahlah buat hanya membuang waktu.

"Tak payah peduli itu semua kerana mereka tak tahu kehidupan kita di rumah," ujarnya.

SUMBER:  Grid.ID

Siti Badriah, Krisjiana

Artikel Lain