suria

Selepas beli rumah jiran, Raffi Ahmad beli kereta antik berharga RM206,000 untuk hantar anak ke sekolah

Raffi beli sebuah kereta antik semata-mata untuk hantar anak ke Sekolah.

SELEPAS bercuti bersama keluarga dan membeli sebuah rumah milik jiran untuk studio baharunya, pelakon Raffi Ahmad kini membeli kereta antik kepunyaan pelawak Andre Taulany.

Memetik laporan kapanlagi, Raffi yang datang ke garaj rumah Andre itu berminat dengan salah satu kereta antik koleksinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas pulang daripada bercuti, Raffi Ahmad terus beli rumah jiran sebelah untuk dijadikan studio

"Ini bagus, ya sudah untuk saya. Saya serius, Rafatar sangat suka dengan kereta seperti ini," katanya.

Biarpun berat hati untuk melepaskan kereta itu, Andre memberitahu dia perlu bertanya kepada anaknya terlebih dahulu kerana kereta itu merupakan kereta kesayangan anaknya.

Raffi Ahmad beli kereta antik Andre dengan harga RM206,000.

"Tapi ini bukan untuk dijual.

"Janganlah... sebab ini kereta kesayangan anak saya, Kenzi," ujarnya.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, dia meletakkan harga harga Rp700 juta atau RM206,000 kepada bekas pengacara Dahsyat tersebut.

"Kenzi tadi cakap boleh dijual tetapi dengan harga Rp700 juta.

"Ya, saya setuju dengan harga itu. Hari ini saya bayar Rp20 juta dulu, baki saya bayar esok.

"Saya beli kereta untuk menghantar Rafathar ke sekolah," katanya.

Raffi Ahmad, Andre Taulany

Artikel Lain