PELAKON Hollywood Daniel Craig mendedahkan dia tidak akan mewariskan harta yang dimiliki kepada anak-anaknya. Menurut laporan Daily Mail, Daniel memaklumkan segala kekayaan yang dimiliki akan digunakan untuk sumbangan dan kegiatan amal. Pelakon filem James Bond ini dikatakan memiliki harta dan aset sebanyak AS$ 145 juta (RM637 juta). Sebelum ini, menerusi satu temubual majalah, Danial berkata sebahagian besar kekayaan itu tidak akan diberikan kepada anak-anak. "Saya tak mahu meninggalkan banyak wang untuk generasi berikutnya. Warisan ini tidak menyenangkan," katanya. Daniel Craig memiliki dua orang anak dari pasangan berbeza. Anak pertamanya berusia 28 tahun merupakan hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Fiona Loudon. Selepas bercerai, dia menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Rachel Weisz dan dikurniakan seorang anak perempuan.