suria

“Ini bukan perjalanan yang mudah” - Luahan pertama BCL di laman sosial sempena ulang tahun ke-37, minta doa untuk Ashraf

BCL akui lalui perjalanan sukar selepas pemergian suami tercinta.

SETELAH lama menyepi daripada menggunakan media sosial, akhirnya penyanyi Bunga Citra Lestari menulis status istimewa di Instastory bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada Ahad.

Menurut Bunga, dia melalui perjalanan yang sukar selepas kematian suami, Ashraf Sinclair dan kini sedang berusaha melalui kehidupan tanpa insan tersayang di sisi.

"Saya tahu saya tiada post apa-apa kebelakangan ini kerana sejujurnya masih belum boleh... tapi untuk hari istimewa ini, hari jadi saya, saya mengambil keputusan untuk muat naik ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak... Bunga Citra Lestari dan Noah berpelukan di pusara Ashraf Sinclair sentuh hati netizen

"Ini bukan perjalanan yang mudah tapi sedikit demi sedikit aku berusaha bangkit dan berjalan.

"Saya mahu mngucapkan terima kasih untuk semua ucapan dan cinta yang diberikan... saya bertuah dikelilingi keluarga, kawan-kawan, peminat dan semuanya yang menyayangi dan selalu memberikan sokongan," katanya.

Muat naik pertama BCL selepas pemergian suami tercinta.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan Allahyarham Ashraf.

Malah, dia turut berpesan kepada peminat supaya menjaga diri dan kesihatan berikutan penularan wabak Covid-19.

"Di hari ulangtahun saya ini, kalau boleh nak minta kirimkan doa untuk Ashraf dan juga doa untuk kita semua agar selalu dilindungi dari mara bahaya.

"Jaga keselamatan semua dan tolong duduk di rumah ya, kita jaga antara satu sama lain. Saya sayang anda!," ujarnya.

Ucapan Adam Sinclair untuk kakak iparnya.

Sementara itu, adik kepada Ashraf Sinclair iaitu Adam Sinclair turut memuat naik status istimewa untuk kakak iparnya itu.

"Selamat hari jadi Unge, sebabkan kita senang mesra sampaikan saya lupa dah berapa lama kenal awak. Banyak masa kita lalui, berbual, ketawa dan seronok apabila berjumpa kamu.

"Saya sayang kamu dan seronok kamu menjadi kakak saya dan juga seorang kawan baik. Jumpa nanti kita buat kek ya. Love you so much!," tulis Adam.

Terdahulu, Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.

Artikel Lain