suria

Lady Gaga tidak suka bergelar 'single'

Lady Gaga

PENYANYI lagu Poker Face, Lady Gaga mengakui sukar untuk melalui hari-hari sendiri selepas berulang kali cintanya putus di tengah jalan.

Menurut laporan Asiaone, Gaga menerusi program The Kyle & Jackie O Show mendedahkan bahawa proses itu sangat sukar dan dia tidak suka menjadi seorang yang tidak berteman.

"Ia adalah satu proses yang sangat sukar untuk saya. Saya sebenarnya mempunyai banyak masalah dengannya, saya tidak suka menjadi single.

"Saya rasa seperti kerjaya saya telah mengambil alih segala-galanya dan kehidupan peribadi saya adalah sesuatu yang tidak saya miliki. Saya sangat sedih," katanya.

Bulan lalu, Lady Gaga dikhabarkan sedang menjalin hubungan cinta bersama seorang lelaki bernama Michael Polansky apabila mereka berkongsi gambar bersama-sama di laman Instagram.

"Kami sangat seronok di Miami. Saya sayang kepada semua peminat kecil saya, anda yang terbaik!" tulisnya dalam keterangan gambar yang di muat naik.

Seorang sumber mendedahkan bahawa penyanyi berumur 34 tahun ini sudah mengenali lelaki itu sejak sebulan lalu.

Lady Gaga

Artikel Lain