suria

Gara-gara Covid-19, Krisdayanti akan tamatkan percutian di Eropah lebih awal

Krisdayanti kini bercuti di Eropah bersama keluarga.

PENYANYI Indonesia, Krisdayanti dilaporkan akan menamatkan percutiannya ke Eropah bersama keluarga lebih awal dari tarikh yang dijadualkan.

Menurut laporan Liputan6, hal itu diberitahu oleh pengurus Krisdayanti, Selby, bahawa dia akan menamatkan percutiannya lebih awal.

"Sepatutnya sampai 27 Mac, belum tahu bila mahu pulang, mahu lebih awal.

"Saya tidak tahu tarikh tepatnya bila," katanya.

Selain itu, kakaknya, Yuni Shara juga berasa bimbang keselamatan adiknya yang melancong ke negara yang bahaya dengan wabak berkenaan.

"Saya juga bimbang dengan keadaan Yanti dan keluarga, harap dia sihat, pada masa ini kalau dia ke Jepun atau Eropah dia akan susah nanti" katanya.

Keputusan Krisdayanti untuk bercuti ke pelbagai negara termasuk benua Eropah menerima kecaman netizen.

Krisdayanti

Artikel Lain