suria

Berkurung di rumah kerana Covid-19, Nia Ramadhani pening uruskan keluarga!

Nia Ramadhani mengakui resah menguruskan keluarga di rumah kerana wabak Covid-19.

PELAKON Nia Ramadhani resah apabila terpaksa berkurung di dalam rumah gara-gara wabak Covid-19.

Menurut laporan Tribunnews, Nia menunjukkan reaksi spontan dengan menjerit di hadapan suaminya, Ardi Bakrie ketika ditanya mengenai kerja-kerja rumah.

Ini berikutan Nia perlu menguruskan hal keluarga sepanjang mereka berada di rumah bagi mencegah penularan wabak tersebut.

Malah, Nia turut mengakui tidak boleh berehat kerana banyak kerja yang perlu dilakukan sepanjang berada di rumah.

"Kerana virus ini, semua ada di rumah... tahu tak jadi ibu-ibu ini memang tak boleh nak berehat.

"Pagi-pagi uruskan anak, nak tidur bapanya pulang pula... peninglah!" katanya menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram milik Ardie.

Nia Ramadhani, Covid-19

Artikel Lain